27 Februari 2011

lalat lalat dan lalat*


hidup ini memang palat, sadis. dunia akan berkata "aku memang tak adil" dunia membunuh ramai orang.
pasti? pasti dengan itu? adakah kau bahagia dengan kehidupan kau? sesetengah orang tidak. bahkan lebih teruk daripada tidak. mereka bersyukur kerana masih ada nyawa dan tempat 'di sandarkan'. tapi bagi mereka yang lain? insafi diri bahawa ada yang lebih teruk daripada kau.

mereka yang dalam kesepitan ruang untuk bernafas. yang tak dapat sampai nak berkata. bagaimana itu? mereka mereka yang sepi tanpa rakan? sepi tanpa kasih ibu dan bapa? di mana tempat mereka bergantung selain daripada Tuhan yang Maha Esa. tapi bukan berlandaskan perkara yang menjatuhkan kau. kenapa kau pandang serong terhadap diri sendiri? tak pernah nak bersyukur pada diri sendri? bukan itu yang mereka mahu, bukan itu yang dapat menyelesaikan masalah yang bertimbun di padang pasir. bukan itu.

dah tu di mana? pandang dada, pandang akal. lihat dengan hati. adakah apa yang aku buat ini betul? adakah apa yang aku buat ini dapat menyelsaikan masalah? tidak! jadi, cuba untuk menyelesaikan masalah itu perlahan perlahan jika tidak termampu. bukan duduk diam menunggu untuk di beratkan lagi. bukan menunggu untuk masalah itu diselesaikan sendiri. dunia memang tak adil untuk semua. jadi kita sebagai manusia ini mesti berusaha supaya ia di jadikan adil dalam segenap ruang. tiada usaha tiadalah apa yang kau dapat. 

fikir secara rasional tentang diri kau. baik, kau sudah kenal? jadi cuba lah untuk merubahi diri bukan menyeksai diri kau. aku paham, mudah untuk berkata, mungkin sebab kau takda usaha ke arah itu? kau sering berfikiran negatif terhadapa diri sendri, "aku tak boleh buat" memang kau tak akan dapat buat! "hidup aku berlainan" jadi ubah lah! jangan mengharap pada takdir sahaja. mengharap pada takdir tanpa usaha, itu tidak guna.

kau tak paham? fikir balik, ada kawan, di pandang serong, ada ibu bapa di pandang rendah. mana kau nak pergi. keluar rumah, pandang atas. bersyukur dan beristifar kepadanya kerana kau hamba kesayangannya. Insyaallah




rusy: maaf aku begini, sedikit emosi di hati. tapi adakah aku keterlaluan? maaf di pohon 

1 ulasan:

yeke?