27 Jun 2011

tips kumpul duit

salam sejahtera kawan kawan musuh musuh *admire admire di kecualikan pada pihak pihak tertentu. aku rasa aku nak sharelah sikit sebanyak rahsia menjana ekonomi rumah tangga dengan mudah. haha taklah, tu melampau sangat lah. bagi pelajar tu boleh lah kire korang simpan buat belanje awek ke, buat pergi dating ke kan. haa taklah mintak mak orang nanti semata nak pergi date, buat malu ja kalau awek kau tahu. haha

1.sorok duit kat banyak tempat.


ok lah cara ni aku paling suke. hehe kire ni macam suprise tau, kau letak lah duit dalam buku ke, tinggalkan duit dalam seluar ke, letak bawah buku buku kat rak tu ke. setiap jean kau tu kalau boleh time ade duit banyak, letak lah singgit ke 5 inggit dalam setiap seluar, basoh pun tak hancur punye. nanti nak pi keluar date, pakai seluar raba sikit ade duit kire boleh lah on pergi. dari takde duit langsung kan? haa. time duit banyak lah best buat, nanti korang rasa macam duit dah habis, rasa diri miskin betul, tapi nak keluar jenjalan ke macam suprise sikit lah jumpe duit dalam setiap kocek seluar kau tu. hehe

2.kasi kepada orang yang paling di percayai.


yang ni kau perlukan seorang yang amat bole di percayai, jangan kawan, sebab ada pepatah kata kawan makan kawan, jadi kau pilih lah abang ke mak korang ke or adek korang ke. yang penting boleh di percayai. kalau sahabat pun boleh lah kan, asalkan kau percaya 100% kat orang tu. haha then nak buat apa? korek hidung ea? tak tak, bagi pelajar pelajar sekolah mesti dapat duit hari hari kan? hari hari tu kau bagi lah rm1 ke rm2 ke kat orang yang boleh di percayai tu. sebab ape bagi dye? nape tak pegang sendiri? kau pun tau kang nampak duit banyak je mesti nak di habiskan, tak habis tak boleh. takat makan kat kantin je, tu pun nak sampai 3 4 inggit. jadi kau gunakan kawan kau tu (guna cara baik k) untuk pegangkan duit kau, tak kisah lah kau pegang duit dye or dye pegang duit kau. sampai masa nak outing duit berkepuk best.

3.pelihara kutu selama sebulan atau dua atau tiga atau enam.


haa kutu bukan sebarag kutu k, ni kutu duit. haha ade orang panggil main duit undi lah ape lah, nak cakap bagai korang pun dah tau kan. melibatkan lebih dari 2 orang, memakan masa ikut kemampuan dan perjanjian yang di tetapkan. main ni same je macam korang kumpul duit selama berapa lama korang main dalam tu, cume yang untung dapat cepat je lah. and lebih terjamin korang simpan duit. kalau simpan sendiri mesti korang akan gunakan? haa bagi sesiapa yang main dan tak membayarnya apabila dah dapat duit, korang pukul je, bunuh pun boleh.

4.sebelum jalan simpan


kire budak budak sekolah ni cam pagi pagi dapat duit kan? sebelum pergi sekolah tu bila dah dapat duit korang terus simpan dalam tabung ke amanah rakyat ke, jadi korang akan bawak duit sikit ke sekolah. justeru sikit sebanyak dapat kumpul saki baki duit tu. simpan lah separuh dari ape yang kau dapat, lepas tu kalau ada duit syiling jangan habiskan, bawak balik simpan masuk tabung. kan orang cakap kumpul banyak banyak lama lama jadi bukit. lama lama tarah leper jugak bukit tu. *banyak banyak bukit, bukit ape tarah tak leper leper? jawab jawab

ni je la kot aku nak share, hee setakat ni tu je yang aku dah pernah cuba buat. ada yang berhasil ada yang tak lah. biasalah aku kuat makan, orang bujang katekan. hehe yang best yang no1 tu, ada elemen suprise sikit kalau korang feeling. haha




rusy: peeps call me rudyana!

2 ulasan:

  1. Terima kasih atas perkongsian tips simpan duit . Banyak² cara . cara yang keempat la yang selalu saya buat . hihihi

    BalasPadam

yeke?