15 Julai 2011

hidup tanpa internet

sebulan, atau lebih.. hidup di penuhi kecelaruan, ketidak-adilan, ketidak-bijaksanaan, fikiran di ganggu oleh pelbagai faktor dan anasir jahat yang seperti memaksa diri ini untuk membunuh diri di sebalik masa terlapang yang tidak di gunakan dengan manfaatnya. justeru fikiran yang bercelaru ini membuat diri rasa tidak hidup. timbul pelbagai perasaan sayang yang di hancurkan oleh sesetengah rasa bisa yang menolak jatuh ke gaung hatiku.

setiap hari ku pandang komputer putih berskrin besar berpetak petak. dia merenung tajam menutup mata aku kesepian tanpanya berada di depanku. tangis tinggal kenangan pabila aku di temukan oleh skrin yang lebih besar dan gambarnya seakan akan bergerak seperti cahaya malam. aku baring sendirian di kamar ku.. termenung ku menunggu bila saatnya.

bila kasih di tolak harapan palsu mendatang. ku cuba untuk menyemai tapi gagal. tidakkan itu perit untuk di lalui. saat indah bila handphone menjadi teman tapi merana bila kehabisan kredit. ku menunggu tetapi kau tidak membalasnya. sadis tangis menghujani setiap ruang kosong yang ada di dalam hati ini. suatu masa aku bersedih suatu masa aku gembira. masakan buku di baca? harapan palsu terpancul keluar. kata kata manis bersilih ganti. si dia bergembira, menayang tubuh ke mata dunia berkepit kiri kanan berjalan mesra. memang ku terasa berjalan seorang tetapi ada kata tegas mejadi tongkat berdiri. haha itu propaganda berguna.

kertas kira talipon rumah berharga rm496. patut komputer dan talipon ku sunyi tiada dering. salahku ku ngerti. simpati turut bersama. kini semua telah kembali. ku tahu SPM kian hampir lebih bagus hidup tanpa internet. aman dunia tiada sengketa. jernih hati tiada gelapnya.



rusy: aku lagi suka kalau korang tak paham. haha kewl. afrusy  are back!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

yeke?