Memaparkan catatan dengan label penderhaka kala. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label penderhaka kala. Papar semua catatan

19 Mac 2011

perlu kau tahu

ku tangisi setiap jejak
setiap langkah menjadi retak
untuk berpaling muka terus ke muka mu
tanpa rasa loya di tekak.
aku sediakan baldi untuk kau tahu
hati tak mudah untuk di pulihkan
walau nama kau cinta agung
biarpun Nabi ampunkan umat
tetapi kau tahu yang aku bukan Nabi
untuk di lepaskan dengan perasaan amarah
kau senyum di sana tetapi aku tahu ia sementara.

perlu kau tahu
aku tidak akan berundur
walau kota di makan besi karat
walau hati di makan benci syaitan
walau senyuman di makan tangisan beradu
duduk aku di sini tidak menukar arah
yang pasti jalan ini jalan ke syurga
telah ku bersedia dengan segala.

perlu kau tahu
aku masih di sini selama mungkin
dan kau masih di sana sehingga kelmarin.
tatkala indah kata dari wajah buruk
yang bermain di lubuk hati untuk di caritkan
akan di biarkan masa di makan zaman
supaya aku kan terus bernafas menghirup udara najis
untuk kau mati bersama aku di ruang angkasa buat selama
buat selama yang pasti tidak akan terkubur
jasad dan perasaan juga sanubari
yang aku rasa kau perlu tahu.






rusy: untuk mu sayang sayang hilang.

08 Mac 2011

rindu orang lama

rindu rindu dan rindu,
takkan terpisah irama dan kalbu,
walau kamu membunuh ku,
akan ku tetap ku rindu,
seperti hari itu,
yang tidak akan lupus di ingatan,
seperti hari itu,
aku mula berbunuh bunuhan.

dia sangka aku baik,
tetapi aku ada topeng,
dia sangka aku jahat,
tetapi aku punya ada benteng,
yang kau rasa itu indah,
pasti akan tidak menahan,
yang indah itu sementara,
yang suci itu kekal abadi.

dendam kau aku memburu,
menghujani setiap penjuru,
kata kata mu akan menjadi peluru,
untuk di tusuk di kian rindu,
kau punya bicara,
ku hormati kata,
kita saling menderhaka,
tidak pasti kau kan terasa,
yang aku sering tulis kepadanya.

28 Februari 2011

malam


malam malam itu,
 tetap malam,
 menjadi rahsia kita berdua,
 untuk di ikat bersama,
 sebagai kekasih,
 atau sebagai pembunuh,
 yang akan di biarkan berterusan,
 sehingga mejadi debu,
 berterbangan di ruang ruang,
 cahaya yang,
 menerangi malam itu.

malam itu banyak membunuh,
malam itu sepi tanpa pembunuh,
malam itu sunyi tanpa tangisan,
tanpa suara yang merintik,
keadaan menentukan,
kita bergerak laju dalam waktu,
meninggalkan secebis nota,
supaya membunuh diri,
dia berbisik lagi,
tikam jantung diri 
lepas rindu di hati.

malam itu tragis dengan hujan,
yang membawa rahmat,
yang mambawa berkat,
tapi itu semua kata,
yang berani untuk di kata,
tetapi penakut untuk di bicara,
apakah itu dusta,
atau neraka,
malam itu syurga baginya.

01 Februari 2011

hati mati


pagi yang dingin,
tidak sehingin semalam,
untuk kau berkata halus,
untuk menyajakkan cinta,
api marah kian menular,
menggelamkan kisah cinta,
membinasakan lautan ais,
sepanjang masa kerinduan.

dendam makin rancak,
ego makin laju,
tiada yang sanggup di kalahi,
tiada yang sanggup mati,
kata semakin buas,
mata semakin luas,
nada semaki keras,
hidup bukan sekadar teras.

yang mati tetap menangis,
yang hidup tetap berprovokasi,
tiada kesudahan,
tiada penyelesaian,
hukum bunuh tetap di jalankan,
demi mencari keadilan.

pergi kau merenung tinggi,
pergi kau merehatkan diri, 
pergi aku tawar hati,
pergi aku hati mati.

26 Januari 2011

pujaan hati

pagi pagi yang indah,
tidak lagi kelihatan merah,
seperti hujan membawa tangisan,
seperti angin membawa jeritan,
kau yang cukup tertawan,
tergoda hati dek tak terlawan,
rasa resah kian berlari,
mencari sinar penyembuh hati.

tiada yang mengerti,
tiada yang bersendiri,
untuk ku belajar erti kasih,
tetapi belum  sampai waktu di kasihi,
cinta yang di agungkan,
akan terus berlari,
tidak akan tetap berdiri,
untuk mu wahai si pujaan hati.

kau yang membahaskan,
kau yang begitu,
kau yang begini,
tetap sama walau kita berkelahi,
goyah resah hati,
mengingati si mati,
yang telah ku bunuh,
dengan mata hati.

12 Januari 2011

turun ke hati


hati bersama setia,
setia bersama mati,
apa yang engkau mahu sehingga waktu,
sehingga ia dapat membezakan cahaya,
aku dapat melihat,
wajah mu yang sebenar,
tatkala malam berlabuh,
hati berkata benar,
akan terasa diri begitu hampir,
sehingga membilas wajahmu di setiap penjuru,

setiap waktu, 
dapat ku hidu,
walau tembok memisahkan dunia,
walau api sebesar angkasa,
kasih yang akan bersama,
akan kekal selama,
setiap kata ku adalah racun bagimu,
hingga hati akan mati padamu,
 membawa sang penderhaka kala,
kembali mencintaimu.

08 Januari 2011

berkolaborasi

takkan mampu untuk berdiri,
tanpa kau di hati,
tiada kelihatan di mata,
tetapi kau tetap bercahaya,
sehingga aku dapat melihat,
pada kelibat,
dalam mimpi mimpi malam ini,
akan menjadi,
suatu realiti,
sehingga kau dapat merasai,
kehangatan cinta yang ku rindui.

lidah setajam pisau,
mata secebis besi,
walaupun keras untuk kau risau,
tetapi ia sentiasa di hati,
sehingga menjadi titisan,
sehingga menjadi tulisan,
akan menjadi tangisan,
sang penderhaka kala,
yang akan kekal buat selama.





penderhaka berkata: selamat 8 haribulan yang ke2!

31 Disember 2010

ada awal, ada hujung,
ada mula, ada tamat,
perkataan demi nafas,
nafas berganti abjad,
ketindasan mula di takluki,
setiap inci memberi makna,
setiap ruang memberi udara.

ada kawan, ada lawan
jika berkawan pasti akan berlawan,
berkeruh dahulu berjenihan kemudian,
rahsia tetap rahsia,
rahsia berlawan, berperang dunia,
takkan terlepas dari noda,
sehingga nafsu puas sebesar lautan,

siang bertemu malam,
hari berselag hari,
kasih bercumbuan sayang,
sayang hilang pergi berdiri,
tiada tongkat tiada besi,
diri akan bersama kaki berkasut sendiri.

24 Disember 2010

ketaksuban


angin yang meniup kencang,
seperti ingin mengembalikan kisah silam,
seperti kehausan rindu masa,
yang terbaik pernah di ungkap, 
yang terhina pernah di rasa,
seperti ia jatuh ke riba.

tiba masa untuk berdepan,
ribut kencang tiupan awan,
putaran masa,
kilauan masa,
ingin di putar walau secebis,
tanpa sedar memberi impak,
sebagai tanda pecah nya cermin ke lantai,
yang akan menggegarkan seluruh anggota badan,
memecahkan sendi sendi dan naluri

angin dulu tidak seperti,
detikan masa menderhaka waktu,
bila tiba ia akan sampai,
akan menjenguk buat selamanya,
kata kata di semat,
setiap inci di jadikan kamus,
untuk di nanti di sebalik jendela,
tiada lagi kata di ungkap,
masa menderhaka,
akan menjerit pabila tiba waktunya.