16 Mei 2011

cikguru

salam menyambut hari guru. tak kisah lah kalau ada yang cikgu pra sekolah, cikgu tadika, cikgu sekolah rendah menengah, pensyarah, orang yang ajar kita sapu sampah, orang yang ajar kita menaip, buat facebook dah macam macam lagi. kerana setiap pendidikan dan tunjuk ajar yang betul dan bermanfaat merupakan di beri oleh setiap orang yang bernama guru. banyak tunjuk ajar diorang yang kite dapat. kalau tak korang semua tak kenal dunia ni kan.

aku ingat lagi masa cikgu tadika aku cikgu Zakiah ajar aku membaca, mengeja, waktu rehat dye bagi makan biskut. sebelum makan kena baca doa dulu bagi yang muslim. cikgu Zakiah garang orangnya. kadang kadang aku balik taman U aku nampak dia lagi, tapi mestilah dia dah tak kenal aku kan. dah lebih 10 tahun kot.

masa darjah 5 pulak aku ade buat salah kat cikgu matematik aku, nama dia ape ntah aku dah lupa. aku ade tak siap kerja buku sains dia, tapi aku cakap tak bawak. ok lepas. lepas tu buku matematik pun aku cari cari dalam beg tak jumpa sebab dia dah mintak, aku cakap tak bawak. dia dah tak caye kat aku dia mintak beg aku nak cari sendiri. dia terjumpa pulak buku matematik tu kat poket depan, habis aku kene marah maki semua. siap kena baling buku aku ke luar kelas yang mase tu kat tingkat 3. tapi atas berkat marah maki cikgu tu, aku dapat gak A dalam subjek matematik dan sains mase UPSR. kadang kadang cikgu yang marah kite sebenarnye dia sayang kita. keberkatan tu akan terus datang kat kita kalau kita usaha ada lepas kene marah kene maki tu.

cikgu bi aku siap kire berapa kali rotan kalau tak dapat markah exam yang dia nak. tu lagi best. kalau soalan 40, kene salah 5 je, lebih 5 kene rotan ikut berapa banyak kau salah. jadi semua orag berlumba lumba nak markah tinggi sebab tak nak kene rotan. nama cikgu tu teacher Suziyana. paling top lah dulu dulu mase aku sekolah rendah. ada lagi aku contact dia kat facebook.

guru ni sebenarnye insan yang paling mulia sebab hati diorang nak mengajar je.. diorang sanggup ajak korang pegi tusyen korang kan? diorang sanggup datang sekolah waktu cuti kan? haa cikgu aku ade cakap, walau macam mana pun teruk cikgu tu, ''always respect our teacher.'' tapi kalau dah melampau nak racist memanjang je, ape pon tak boleh. cikgu addmath aku. 'terbaik'. ape ape pun kite kene sanjung tinggi golongan golongan guru ni, tanpa diorang siapalah kita nak berjalan berdiri bila dah keluar ke dunia luar nanti. time sekolah ni patutnya korang enjoy lah dengan cikgu cikgu korang, dah habis sekolah nanti rindu pulak, ye ndak? haa so geng, selamat hari guru kepada guru guru yang pernah mengajar aku dulu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

yeke?