06 Februari 2011

kem nangis nangis



sebenarnye aku ni baru je balik kem, kem apa? kem ibadah 'Top A star Programme' dari wow coaching. tapi aku tak masih tak tau kenapa diorang panggil kem kesumat.

siapa anda?!
juara!
siapa juara?!
saya!!
siapa saya?!
hero!!!


ni lah yang asyik selalu di perkatakan dalam kem ni, untuk meningkatkan lagi semangat dan jiwa dalam diri masing masing. di meriahkan lagi oleh perunding motivasi, Pak Anjang. yes yes yes cantik layan!



hotel 1/2 bintang, alamak alan censored lah
insaf sebentar
semangat

hari pertama pukul 6 kene datang daftar nama dulu, ade yang bawak macam nak tinggal sebulan, ade yang bawak setakat bau sehelai seluar sehelai, gerenti baju wangi. >.< dan selepas magrib, 'mini qiamulail' kejap, bace Yassin, dengar tazkirah, berzikir lagi. kire untuk timbulkan rasa menghambakan diri kepada Allah, Insyaallah. malam nye pulak, tak ku sangke akan adanya air air mata berguguran, akan ade nye hingus hingus bergantung di hidung, tapi ni baru sikit, haha malam itu, dye adelah tunjuk video pasal mak dan ibu, -.- kire macam part part sedih lah, lepas tu dah start lah Pak Anjang mulekan bacaan doa dengan latar belakang dengan lagu yang menusuk kalbu, dengan nada suare yang sebak sebak, sebab kite nak menghayati setiap perkataan doa itu. yes! ada yang sedih, ada yang mengalir air mata, aku? nak cakap relax sangat tak, nak cakap sedih sangat tak. cume mengahayati je, nak nanges tapi air mata tak nak keluar.

sexy sekali pada 3 pagi
comel sekali!
standard lah hari pertama overnight, banyak plan betul malam pertama. 1. skodeng bapok jual badan, boleh pulak dye nak tunggu pelanggan, dye dok dalam kerete lah, tunggu sampai ade yang nak usha, haha kerete honda jazz customize lagi tu, haha takleh blah. 2.cari pasal dengan cikgu, haha ikot gak main lari lari dalam sekolah, nampak je kelibat cikgu, semua kelam kabut masuk dalam surau, *semua pelajar tidur surau dah line clear, semua keluar balik lepak luar, lari tengok bapok da jalan jalan dalam sekolah, peristiwa pulak ada, ada 1 group ni lepak kelas atas, 2 tingkat aje, pastu kelama kabut turun cakap nampak hantu pakai telekung, dah turun eh sorang lagi mana? dah semua panik, mana budak ni mana? semua cari, dah tengah sebok mencari, 1 group ni pulak ternampak, ada 1 lembaga menyerupai perempuan pakai telekung berdiri di penjuru koridor kelas, budak budak ni suluh suluh lah nak tengok siapa, sekali bende tu toleh perlahan perlahan dengan banggenye, amek kau semua cabot lari, cari punya cari yang hilang tu, semua dah panik, bincang punya bincang, calling calling, texting texting siapa yang takde kat situ, sekali budak tu ada degan budak lain, dye lari ikut jalan lain, pulak? tapi yang hantu agak memang real, bukan prank.

hari kedua? motivasi macam biasa, takde menarik sangat, malam tu ade game, game billionaire. setiap orang kene dressup macam orang kaya, haha aku jadi Dato Onn Jaafar, haha 1 set baju melayu, speck, songkok senget, *rugi pulak tak amek gambar . aim nak kene pandai jage syarikat masing masing dari muflis atau terlalu banyak hutang denga bank atau ah long, ade yang tak sebengap sangat, beli satelit yang berusia 20 tahun dengan harga rm700juta, tetapi harga asal satelit tu hanya rm24juta, CEO yang berjaya, haha nak dapat duit juta juta ni senang aje, buat kebaikan atau bersemangat dalam setiap sesi motivasi, nanti dapat lah ganjaran star yang kemudian akan di gunakan dalam game 'billionaire' ni. group aku bernama 'LANTANA CAMARA CORP' iaitu bermaksud bunga tahi ayam, hahaha dan group aku mendapat keuntungan sebanyak 176juta ringgit, tapi Pak Anjang tak pulak bagitau siapa menang.

kabur sikit
hari terakhir, acara penutup, meletupkan belon berisi air iaitu melambangkan kelemahan dalam diri masing masing, then semua mandi dengan air yang bersertakan bacaan doa Pak Anjang dan kami semua, paling best adalah acara sesi bernangis nangis bersama ibu bapa, nak kasi mak ayah bangge lah kan kat kita, ibu siapa tak terusik hatinya kalau anakya mengatakan kata sayang yang berdepankan ramai orang. sesi pelok ciom, nangis, sedih sedih. biasalah, semua mak nak tengok anak dye berjaya kan.

apa yang aku dapat dalam kem ini ialah sikap tu kene berubah, diri kita sendiri yang mampu mengubahnye, jage hati mak ayah, andaikan lah solat ibu bapa anda itu solat yang terakhir bagi mereka, bersediakah kita menerimanya? jangan jemu untuk terus berdoa kepada Allah.

ps: berterima kasih kepada team wow coaching

9 ulasan:

  1. aku cakap kau an. dijamin lepas ni pak anjang datang skolah aku pulak. biasa lah kan. lepas high school. maahad. tak maahad. sab. tak pon skola dato.

    BalasPadam
  2. haha camna tu eak? biar je air mata ngalir?

    BalasPadam
  3. pak anjang mmg best !
    lagu tema dye ape sekarang ?
    gemuruh jiwa lagi ker ?

    BalasPadam
  4. haha...dulu ms nak spm salu kena pg kem camni..bagus2

    BalasPadam

yeke?