21 November 2010

cerita si Roti - episod 4

ya, ketika itu mereka bersama di panggung wayang, aku sebagai saksi mereka, menemani Roti untuk bertemu dengan si buah hati nya Mel, mereka keluar malam dengan alasan tertentu mereka sendiri, kata si Roti ingi bertemu bersama rakan, lain pula kata Mel, ingin menonton wayang bersama saudara mara nya, tetapi di sebalik itu, perjumpaan secara rahsia yang terjadi, mungkin malam itu malam yang tidak di berkati, malam yang akan mengubah segala bagi si Roti itu.

dengan penonton yang agak lengang, sudah pasti mereka boleh membuat apa mereka suka, ia mungkin itu ciuman pertama si Roti dengan cinta ya, ia tidak lah berpanjangan seperti yang kau sangka, malam itu semakin bosan, mereka berdua memutuskan unuk keluar dari pawagam tersebut, duduk di luar sahaja, tetapi alangkah terkejut nya pabila Mel melihat ibu dan ayah nya datang ke situ untuk melihat anak mereka, si Roti dengan tangan memegang beg tangan Mel terus beredar dari itu dengan 1001 perasaan yang tak dapat di unkapkan, mengapa malam itu? Mel hampir di lempang oleh ibunya kerana dia menipu kedua ibu bapanya, pecah tembelang mereka di situ, Mel cuba untuk menelefon balik Roti, tetapi Roti hanya mendiamkan diri kerana takut, takut atas kejadian tadi. terasa kesian dan menyessal ketika malam itu, pelbagai andaian bermain di kotak fikiran Roti, apa akan terjadi pada Mel? dia macam mana? mak bapak dia macam mana? terlalu beremosi Roti ketika itu.

malam itu segala kepercayaan yang di turunkan ibu Mel kepada Mel hancur begitu saja, kerana sayang mereka sanggup berbuat demikian, kesalan saja dapat Roti ucap, tetapi di sebalik kesalan, tersembunyi perasan kasih sayang yang bertambah mekar antara mereka, ia kehidupan Mel mulai berbeza, sering di marahi, di caci dan sebagainya , tetapi itu semua bukan penghalang untuk si Roti mencintai Mel,

sepeninggalan Roti bukan perkara mudah bagi Mel, kasih yang selama ini mereka lalui bersama akan mula berjauhan, mungkin itu sebagai satu penghijrahan Roti untuk melalui suatu kehidupan baru, kehidupan yang lebih tenang dan aman, Roti juga ingin membersihkan nama, membuat sesuatu kehidupan baru di tempat orang, kekasihya di tinggalkan berjauhan demi kebaikan.

ps: ke sambungan

2 ulasan:

yeke?