25 September 2010

singapura masih beraya

akhirnya akhirnya dapat lah juga aku collect collect sikit duit raye kat negara republik singa ini, sabtu dan ahad di singapura di penuhi rumah rumah terbuka, dari kaki kaki jalan, nampak sekumpulan muda mudi berpakaian baju melayu dan baju kurung, warna warni, setiap masa jika ada rumah rumah terbuka, mereka tak kisah walaupun mereka naik bas, tetap pakai baju itu, atas super duper bike tetap pakai baju itu, dan ada yang atas lori tetap pakai baju tu.

diorang punye raya memang sebulan, selagi x cukup sebulan raya, selagi tu diorang tetap pakai baju melayu/kurung, macam besh juga amalan amalan macam ni, haruslah di ikuti kan, budaya baik, mermetabatkan keistimewaan pakaian tradisional orang melayu kita, bangsa bangsa lain turut sama sama ikut muda mudi ini beraya, bukan nak memperendahkan orang orang kita, tapi aku dapat rase lain, cine cine kat sini macam lagi peramah, dengan bangla keje kontraktor pun pakcik aku boleh ajak berbual,"ama eid mubarak?" ama itu menjawab," tiada tiada, india juga, haha tapi ade juga orang orang yang berhati batu, nak maki orang selamba di public, racist? susah nak nampak, malah diorang lebih baik, bukan takat aku yang cakap, sedare aku juga, mungkin kerana faktor undang undang mereka yang lebih ketat, bukan senang kalau nak duduk singapura ni, haha tapi kalau dah raya puas puas sampai sebulan betul puasa cukup tak? Wallahualam.. sama je ngn orang orang kita, hehe, tapi budaya budaya mereka ni masih lagi di jaga, di amalkan, tapi korang jangan heran lah kalau ade minah minah melayu atau pakcik makcik melayu masuk gereja, pakai rantai salib, tu dah tak tau nak cakap ape lah, yang penting suasana raya kat singapura ni memang berbeza, dapat lah juga rasa beraya di tempat orang kan, dapat rase perbezaannya itu sendiri,

ps: masih lagi meng-collect duit duit raya yang aku tak dapat pada hari raya pertama, hehe $$$

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

yeke?