04 Mac 2011

kenapa??!

baik hari tu ade lah aku terbace status budak ni, budak tusyen aku jugak cun boleh tahan, wee.. ok status dia berbunyi begini, ''kenapa lelaki suka perempuan seksi? kalau kahwin nak pulak yang pakai tudung litup'' kenapa? kenapa? dan  kenapa? aku nak berkata tapi macam belum cukup ilmu pulak nak cakap. kang salah cakap susah.

ok kenapa perempuan seksi? persoalan lain pulak kan? ok back to the main point is, kami lelaki anggap itu hanya sementara. ok mesti lah semua lelaki suka tengok yang lawa, yang cantik, yang seksi, tapi tu semua sementara. tak akan kecantikan kekal lah wei, kecantikan iman je tu akan kekal. tak selama lelaki nak hidup dengan dosa dosa jugak kan?

kecantikan ilmu, kecantikan agamanya, kecantikan imannya yang lelaki nak untuk di buat isteri. abes yang seksi seksi ni nak campak mana? jadi tempat singgah singgah aje? kalau dye nak kahwin, dye mesti lah nak insaf kan? tak kan nak cari laki dengan berpakaian seksi seksi? dari situ kitorang sebagai lelaki dah nampak kobodohan itu. pempuan macam ni kau nak jadikan isteri? oh no man..! ok mungkin kau orang kata nak enjoy dulu, nak have fun dulu. nak have fun dengan perempuan seksi seksi? buat lah, buat aje, sekarang dunia dah balas dunia, tak ke anak anak kau, ke cucu cicit kau pulak kan? oyeah.

dan salah satu punce lelaki suka perempuan seksi adalah kerana perempuan itu sendiri. diorang yang suka suka nak tunjuk? setakat kuar rumah kau nak pakai singlet or wateva lah kan, jangan kau nak marah pulak kalau ada lelaki tengok tengok kau. dan tolong jangan perassan yang lelaki suka kau tengok berpakaian begitu. toksah bangge sangat if kau orang nak pakai seksi seksi ni, ok yang seksi ni konon nak tarik perhatian lah, ape lah. korang tak tahu yang laki ni dah maki hamun dalam hati tengok kau pakai seksi seksi. haha ok bukan lah aku nak cakap yang aku tak suka nak tengok perempuan seksi ni, dah kalau dye tayang, korang mesti tengok jugak kan, mesti nafsu kau tu naik jugak kan?

memang at first kita nak kahwin mesti lah nak cari yang bertudung litup, tapi tudung litup ni pun dah tak ley percaya sangat. senang kata yang akhlaknya baik dan mulia. dan waktu itu lah baru lelaki suka tengok perempuan seksi, iaitu isterinya juga. dah kalau isteri memang suka pakai seksi seksi even di luar, maksud masih suka menggatal even kau dah ada suami, camni ke kau nak jadikan isteri? oh tidak sama sekali! sebenarnya, takde lelaki yang suka tengok perempuan seksi, perempuan ni aje yang suka berpakaian seksi seksi. jadi ia akan tarik perhatian lelaki untuk tengok badannya.



rusy: ok saya cuba untuk berfikiran lebih rasional, ini hanya pendapat, kalau nak membangkang, silakan di kotak komentar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

yeke?