11 Februari 2011

mampir kau mati lagi


keramat yang berurat,
sekeras lidah,
yang pergi jangan kau buru,
 jangan kau hinakan diri,
pesanan buat diri.

tidak kau tahu,
 ia adalah paksaan di siang hari,
supaya ku menerima dengan hati yang terbuka,
tidak ku gapai,
 apa kehendakmu,
tidak ku capai, 
apa yang kau mahu,
aku tidak seperti mereka,
aku cukup berbisa,
untuk kau bersama.

yang baru di lupakan
yang lama di ingati
yang baru di tinggalkan,
yang lama akan terus di rindui.

kau aku terseksa,
demi dendam yang tak terdaya,
biarkan saja mereka,
tetapkan terus bersama,
dengan si hati setia. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

yeke?