12 Januari 2011

cerita si Roti - episod 5

permulaan dan kehidupan baru bagi si Roti ini, hidup yang lebih tenang telah tercapai, bebas dari segala kesan kesan prilaku buruk yang lepas. semua itu dia tinggalkan dengan hati yang tabah, tapi hanya ssatu nama yang tidak akan dia meninggalkan atau di tinggalkan iaitu Mel. merekan saling berhubung, mereka saling berkasih. hanya dengan kiriman sms mampu menggembirakan hati mereka berdua, mampu melepasi rindu yang mendalam terhadap mereka berdua.



pastinya suasana sekolah baru bagi Roti, hari pertama adalah seperti budak paling baik pernah aku jumpa ketika itu, maklum lah tempat orang dia datang, sekolah orang dia datang, adab sopan mesti ditunjukkan. orang pertama yang dia berkenalan ialah Bong, bekas budak SMK Gombak, bermula dari itu, mereka seperti berpasangan, ke mana arah yang di tuju, ke mana hendak pergi, pastu mereka berdua akan tetap bersama. maklumlah, yang lain Roti tak kenal, masuk masuk dah kenal Bong ni je terus.

ketika itu Roti rasa tahun tingkatan empat adalah 'honeymoon' baginya. tidak kisah tentang pelajaran, yag dia tahu hanya bergembira dan berseronok bersama yang lain. langsung tidak menyenyuh buku tika di rumah, itulah si Roti yang konon ingin berubah, bulan pertama dan kedua boleh di katakan si Roti ini adalah budak yang baik, budak yang kemas, masuk bulan berikutnya, mula ponteng kelas, mula bersikap kurang ajar dengan guru. itu lah dia maksud 'honeymoon' bagi si Roti. hubungan si roti masih kekal, cuma pabila bulan bulan berikutnya, hubungan mereka mulai dingin dengan pelbagai konflik. dan akhirnya hati si Roti mulai hancur sedikit demi sedikit, mereka berpisah, si Roti sanggup menggadaikan air matanya demi Mel. ia pasti sukar untuk di terima Roti mahupun Mel. mereka terus.....


bersambung..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

yeke?