20 Disember 2010

satu perjalanan luas permandangan

okay ini suatu permulaan yang menarik, haha aku puas bercuti dari ke sini ke sana, dari situ ke sata, dari sinun ke sanan. dari Muar ke Johor Bahru, dari Johor Bahru ke Singapura, dari Singapura ke Port Dickson, dari Port Dickson ke Muar balik. mak aku bawak 2 beg, cam nak pindah ade, cam nak lari rumah ade, cam nak masuk U ade, (bajet mesti tinggi) hahaha nak share sikit perjalanan aku lah ea, hahaha saa lah tambah post baru, blog sape skunk??! banyak gambar aje dan cerita sikit, kang ade yang tekan bosan pulak kang..


bermula menaiki bas ekspress bersama mat mat endon dan bangla yang lain, terasa bosan, sunyi, mengantuk tetapi tidak tidur, dan ketidaksabaran itu jelas terpancar. 2 seat tetapi aku duduk sorang, lau ade awek cun seblah duduk best lah jugak boleh layan layan (hye lulu) hehe. ~apa boleh buat, rudy sudah buat, benda kata orang tak boleh buat, rudy sudah dapat~ pe bende mencarut. pasang telinga yok cerita kedai bas, adeah pakcik driver dengan lagi sorang sibuk cerita pasal kereta lah, excident lah ape lah, huh -.-



 baik, selamat sampai, tanpa sebarang masalah, alhamdulillah, takut juga kan sekarang ni banyak dah kes kes kemalangan bas berlaku, nasib baik pakcik driver tu berpengalaman sikit lah kan. boleh lah.. tanah tumpah darah ku, haha mane lah kalau tidak Taman Universiti, tempat aku membesar, tempat darah aku mengalir di jalanan, tempat aku di sekolah, tempat segalanya bagi aku. haha ini permandangan di Jusco. singgah sekejap lah, rindu rasenye, banyak dah perubahan kat taman u ni, dah ade balai bomba, taman kau ada? klinik kesihatan yang kelihatan seperti 'mini hospital' -.- ape aku mencarut? dan pelbagai lagi kemudahan, patut dah boleh panggil bandar, sebab macam dah ade, tak payah kau nak pergi jauh jauh ler. betul, tak caye pindah lah taman u, kihkih biae biase aje lah kalau ade 4 sekolah rendah dan 2 sekolah menengah. dan aku terus bergerak.


 bergerak dan terus bergerak, dari bas ekspress turun ke bas tambang, haha ini yang ku suka, dapat tengok orang lain, hehe macam macam orang leh jumpa dalam bas, si pelik, si pondan, si endon berpakaian pelik dan macam macam lagi, terkenang waktu sekolah kat siini, pukul 11.50 dah keluar rumah nak tunggu bas, dan jalan dalam 300 meter, dan tepat pukul 12.20 sampai sekolah, tak pernah lewat, hehe budak baik, -.- dan aku terus bergerak untuk menuju ke bandaraya johor bahru, akan ada 'driver' menunggu aku. aiceh


sampai magrib aku berjalan, menapak menuju ke hotel Tropica Inn, haa gitu lah, tempat yang sampai 20 tahun mak aku bekerja dan turut abang ipar ku, hehe driver dye balik rumah dye naik motor.


rumah yang aku sering jadikan hotel, hehe (gurau je long..) mane lagi kan kalau tak ke rumah kakak aku, terbaik dari ladang. tu haa budak comel minum air sambil melambai aku atau tak nak amek gambar aku pun tak tau, heheh yang penting ade Adam Haris, bakal pemain rugby lagi 15 tahun, hahaha


ya esokk ya aku dan Ashraf Syeckler pergi berjalan jalan cuci mata di city square, tempat untuk kebanyakan remaja melepak, menghabiskan duit, bershopping, dating dan sebagai nya, ia hari itu aku berjumpa dengan Ainnatul Athirah, si budak SSI, adelah dye dengan yang lain iaitu rakannya Arni Arnati dan Alyssa Zulaikha dan turut sama adiknya Ainnatul Affifah, bersantai di... J.CO  kire ni 1st time lah kitorang meet, selame ni dalam facebook and myspace aje dolu dolu, hehe


1st*
boleh la agak sedap dan yummy, haha asyik perah dengor aje tapi x pernah makan, sadis kan


dan selepas itu au balik lah taman u ke rumah kawan baik aku, aminurashid katenya, ni baru kawan baik, ape ape pun boleh tolong ape semua, jadi rumah amin dah kire rumah ke2 aku la kat jb ni, kau nak tinggal berape lame pun tak kesah, hehe tapi aku tinggal sekejap aje lah, aku ade kemaluan* jugak ape *fikir secara luas dan saksama ya dan seterusnya destinasi di tuju adalah Singapura, tanah tumpah kelahiran emak aku, hehe sepupu aku kahwin daa, sekejap je rase, ingat lagi dulu dye geng2 dengan kakak aku, haha tapi sekrang dah kahwin pula, majlis yang meriah yang turut di sertakan dengan pelbagai juadah makanan. fuh, kalau kat Malaysia selalu ak makan khemah mesti kene buat dekat kawasan lapang kan, jalan atau dewan, sini Singapura kalau tak bawah blok mesti dye punya taman. standard bawah blok la, boleh main nyorok, rumah dah flat, nak buat camne, tapi duit tetap berkepuk makk... nak tengok siapa yang buat silat pengantin...?




mak oi, tangan bergeletar nakk.. tak boleh angakt punya, yelakan, mane biasa lagi, kali ke2 aku buat untuk pengantin dan kali ke2 aku tetap lupa pergerakan yang patut aku buat, haha dah gubra nak wat camne, dengan ramai orang dan pesilat pesilat yang lebih handal, mane tak menggigil satu badan, haha tetapi tetap masyuk...


dan tak sah kalau tak ade tulang di malam majlis perkahwinan orang Singapura ni,
dalam gambar nampak 2 ketul je, tapi yang sebear aku dah tambah 2 kali makan tulang ni, haha kenikmatan jelas terpancar..


di singapura, yok makan wndy's haha burger yang sedap dan sedap, aku makan 1/4 quater mushroom cheese burger, kalau tak silap lah, oklah not bad, terasa semua kat dalam tu. keistimewaan burger dye petak! haha



1st*


dah puas berjalan ke hulu ke hilir di orchard road, esoknya aku bersama 3 kereta yang lain berkonvoi ke Port Dickson, tempat yang di nanti nantikan. ingatkan best ke ape, bosan je ade la, takde tempat shopping ape semua, just macam pekan biasa je, hotel yang sedare aku sibuk sangat di perkatakan, the legend international water homes port dickson, nama gempak, haha keistimewaan nye adalah ia mempunyai swimming pool atau baby pool dalam setiap bilik, dan terdapat satu kawasan tu la boleh kita tengok air laut yang seperti neslo ais itu, nak cakap macam kopi pun ada, ingatkan air warne biru ke boleh nampak ikan dalam air ke ape ke, sekali neslo yang datang, hahaha usha sikit


baby pool
dan esok kita pergi sunway jalan jalan, makan burger lagi, ya aku makin gemuk kerana itu, kali ini Carl's Jr, mak burger besar gaban, sedap gila gaban dan sudah tentu lah hargenye pun sedap gila gaban, hahaha usha ~


1st*
terbaik dari ladang
1st*
 huh malam malam dalam bilik pekena subway pulak, haha memeang aku jadi pau lah akan datang

dan singgah melaka esoknya, fuh 2 minggu jalan sana sini, baru semalam aku dapat tidur dengan nyenyak nya, hehe dan dengar cerita, esok aku akan ke PD lagi, haha layan lagi lah.. dengan sedare aku jugak, tahun depan SPM rudy oii.. ingat ye.. salam..




ps: dengan rasa demam aku menulis blog, haha aduhai salehah betul la, esok nak pergi holiday, time ni jugak nak demam, haha tak pelah, sabar menghadapi dugaan Tuhan.. hee..

* for the 1st time i ate the food, haha sooo jakun lah??! not a big deal rite? haha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

yeke?